Blog ni aku tulis bukan untuk meminta simpati atau menangisi nasib badan atau menyesali sesuatu. Just untuk isi masa2 lapang aku yang sangat lapang (boring?)...Kalau korang sudi baca, bacalah..Kalau suka, lepaklah kat sini 4Ever..hehe

Jumaat, 14 Januari 2011

Kerja aku

Salam n selamat malam semua,
Jutaan makaseh! atas sokongan, ulasan, kehadiran kalian...Aku belum sempat membalas ulasan2 kat post n cbox. Bukan saja sibuk dengan hal kerja, mak lak sibuk nak pesan kain buat baju kurung..Aku mana lah reti bab2 tu..Pepepun, nak share menu makanan aku mlm ni..sodap u! Mcm biasa..roti ngan susu..



KAT OPIS LAK..
Ni meja aku...

Jaket jeans, kemestian..maintain imej gengster..hehe..

Ha..Yang ni untuk elak ngantuk..

Bos baru aku jangkit sekali makan snek nih..


HARI NIH aku lakukan tugasan fieldwork di Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu...Kena pegi masuk Kampung Bukit Kecil Kederang..Punyalah jauh..Dalam ladang getah lak tu..Rumah dalam 10 buah jer..
Jalan mak aih.Habis calar keta aku.Tak terpikir lak nak ambik gambar..Masa masuk tu tebayang kena serang orang asing je..Syukur Alhamdulillah, masuk dan keluar dari kampung dalam keadaan selamat. Kat kampung ni aku wat research ******..Terpaksa rahsiakan coz rasa cam tak sesuai je didedahkan...

Rabu, 12 Januari 2011

Di benak ku...

Bisnes online...
Agak2 bole jalan tak?
hummmm....
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mailbox dipenuhi mail spam
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
http://www.jobstreet.com.my/
http://www.jobsmalaysia.gov.my/
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Download series belum siap...
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Esok hari pertama keja (keja parttime) nak pakai apa?
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Laparrrr.............Malas nk keluar cari makanan..Roti je lah + susu
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Panggilan dari teman

Hummm...Pagi tadi aku ada terima panggilan dari seorang teman yang bekerja di syarikat market research. Salah seorang pekerjanya M.i.A (Missing in Action-Berenti keja tanpa notis, rakan2 jangan buat camni taww, tak professional n nyusahkan orang, tak baek taww), teman aku offer gantikan tempat orang tu sebagai part timer. Gaji RM5/sejam..Alhamdulillah..Esok start keja.Keja aku: jadi pembantu editor. Kejanya mengedit questionnaires je. Macam cekgu tanda buku murid.. The salary way too far compare dengan gaji aku sebelum nih yang kaw2, tapi takpe, ada jugak yang sudi ambil aku bekerja..Hummm..Tapi aku tak pasti sejauh mana aku akan dapat bertahan coz..kalau gaji banyak tu je...

Minyak keta: RM300
Installment keta: RM520
Rumah: RM560
Stimix: RM99
Astro: RM49
Bill HP: RM70
Total:RM1598

Gaji: RM5X8 jam= RM40 X 5 hari bekerja= RM200X4 minggu=RM800.00

Pendapatan bersih: RM800-RM1598= -RM798 aiyak!
Simpanan pun semakin berkurangan..

Dari aku duduk ngadap Tv & Nbox, baek aku g keja nih, walaubagaimanapun, usaha mencari kerja steady akan ku teruskan..

Selasa, 11 Januari 2011

Temuduga kerja kat Philip Morris

29 Dec tahun lepas aku ada dipanggil untuk temuduga untuk kerja di Philip Morris, selepas sekian lama permohonan demi permohonan aku hantar ke jobstreet.com.my. Hanya 9 orang saja dipanggil temuduga. 8 orang adalah cha ya nun alif belaka. Baki tu aku ler. Penemuduga tu seems interested dengan pengalaman aku, suit pekerjaan yang aku mohon. Cuma English aku kureng bagus sikit, namun aku usaha juga bercakap. Memandangkan syarikat ini adalah pengeluar rokok, maka kelemahan aku adalah aku tidak merokok..mudah2an bukan salah satu masalah dalam penapisan mereka.

Kali terakhir aku menghadiri temuduga kerja adalah pada tahun 2004, dimana aku terus diambil bekerja di Syarikat X. Tiada banyak perbezaan dari segi bagaimana temuduga berjalan, cuma kali ni syarikat pm nak 3 months payslip..owh mcm ni rupanya employer nak bahan bukti gaji sekarang yer...

Besok adalah hari terakhir untuk keputusan samada aku di hired atau di fired sebelum waktunya. So, aku tawakkal ajelah...

Isnin, 10 Januari 2011

Memilih kerja

Hummm..Pertama2 sekali aku bukan golongan orang2 yang memilih kerja...ye kewww...huhu...Well..kebanyakkan member2 aku dah mempunyai kerja yang bagus2..Ada yang jadi cikgu ada yang jadi pegawai..Kalau aku keja yang kureng skit, rasa cam hampeh jer..Tu lah dah dua kali mengelak Re-union. Reunion form 5 dan reunion Universiti...Tapi nasib aku takder lah terlalu malang sangat..Aku dah ada kereta sendiri hasil kerja dahulu..dan yah! Pengarang jantungku, laptop dan streamyx yang tidak pernah mengecewakan..Credit to Compaq and TM streamyx! Nanti ada keja 0, korang kena kasik kat aku..hehe

Kadang-kala, keja lak memilih orang..huhu..Hampeh jugak..Requirement SPM, kita minta tunjuk degree..reject! Takut kita larik..Memang akan lari pun kalau dapat kerja lain yang sesuai dengan degree ditangan.

Huh..Tunggang-langgang penceritaan. Jelas sekali aku dapat result kureng memberangsangkan time SPM.
Kureng2 pun masuk Universiti jugak..huhu..nada eksen lak..

PART 1 lah ni..lain kali sambung lak...

Kunci pintu

Mengimbas kembali kejadian pencuri masuk rumah pakcik aku beberapa minggu lepas, aku ingatkan korang jangan letak kunci pintu berhampiran atau boleh kelihatan dari tingkap. Pencuri yang masuk rumah pakcik aku gunakan kayu ngan sauk penangkap ikan je jolok kunci dari luar...

Happy belated tahun baru 2011

Dah masuk 2 bulan sejak first entry aku kat blog ni..humm..malas melampau nak menaip..tapi masa yang sama nak jugak meluahkan perasaan yang terbuku..nak diluahkan di facebook karang, malu lak kat kawan2..Aduiii

Sebelum pergi, ronda ini dulu k!