Blog ni aku tulis bukan untuk meminta simpati atau menangisi nasib badan atau menyesali sesuatu. Just untuk isi masa2 lapang aku yang sangat lapang (boring?)...Kalau korang sudi baca, bacalah..Kalau suka, lepaklah kat sini 4Ever..hehe

Sabtu, 15 Januari 2011

Kisah adikku yang lingkup SPM akhirnya jadi kontraktor kecik

"Dalam setandan pisang pasti ada satu dua yang busuk", pepatah ni agak sesuai dengan keadaan kami adik beradik, aku ada 6 orang adik beradik, hampir semua berjaya dan masuk universiti. Kiranya dalam kampung agak glamer jugaklah kami sebagai contoh kepada anak2 muda. Dalam ramai2 ni adik aku Mus lah yang paling lombab sekali. Dari kecik sampai besar "slow". Slow pick up, slow motion, serba serbi slow. Mungkin penangan minyak tanah yang diminumnya masa umur 2 tahun..hahaha.. UPSR, PMR result sungguh hampeh. SPM? Lingkup. Ingat lagi bapak aku cakap kat dia masa nk pegi ambik result "result tu tak payah la bawak balik"..Tau2 aja bapak aku result dia lingkup. Kawan-kawan dia semua kumpulan hampeh2 belaka dan memang kumpulan orang kurang pandai. Baiknya diorang ni tak buat kacau atau buat jahat..Cuma..kurang pandai je..Selepas SPM, Mus kerja prebet sapu. Girlfren keliling pinggang. Habis duit prebet pegi belanja awek. Yang bayar installment keta kakak aku. Akhirnya Mus kahwin dalam usia muda. Mak aku kahwinkan je coz sayang kat awek dia tu walupun awek tu dressing ala2 awek Korea. Awek dia kira kategori budak baik, sopan, hormat orang tua. Lagipun putih melepak. Mak aku suka lah yang putih2 ni. Tapi sayang ekonomi Mus ni makin merundum, dah pandai balik lewat malam, taktau p mana. Kami adik beradik nak tegur pun tak reti coz dia ni jenis tak melawan, cakap bersopan dan semestinya slowww...Isterinya pun dah naek fed up..Last2 biarkan saja...

Bulan Julai tahun lepas, tiba2 dia call adik beradik minta bantuan RM. Aku ingat 10-20 hinggit je macam biasa. Sekali nak pinjam RM20,000/sorang daaaa..Mus kata dapat project baiki klinik dan tangki spital..Aku tak berani nak bantu..hehe.Bukan kedekut, cuma tak percaya n tak nampak hitam putihnya. Dia kat Sabah, aku kat Terengganu. Akhirnya mak aku, kakak n adik pompuan aku jer bantu dia.

Masa balik Raya tahun lepas, dia ambik kesempatan tunjuk bahan bukti project dia. Mula2 aku tergolek2 ketawakan sijil2 dia..Seal cantik jer dalam file, tapi result hampeh. Pastu one by one dia tunjuk kursus2 kontraktor yang dia ambik dan offer2 letter project yang dia dapat. Kematangan jelas kelihatan disebalik keslowannya. Slow tetap maintain...

Tonggak disebaliknya adalah seorang rakan rapatnya yang sudah agak lama menjadi kontraktor. Orang ni lah yang ngajar dia step by step. Sehingga kini dia dah ada 5 project, 4 dah siap. Akupun dah bagi dia sedikit bantuan, kakak akupun tambah modal kat dalam bisnes dia. Kalau harapkan dia masuk belajar semula, jangan haraplah..Gerenti lingkup..Mungkin ini rezeki dia, so, kami semua kena support.

Kesimpulannya, kawan mungkin akan menyesatkan atau menerangkan. So, adik2 yang membaca, rakan2 dan aku sendiri, hati2lah mencari kawan. Biar sikit asalkan baik..hehe..

Memandangkan 63% dari reader blog ni student, nasihat aku, jangan lak korang jadi lomah semangat baca entry nih. Kang tak pasal2 berenti study, nak keja sendiri. Rezeki masing2 adalah kaedahnya akan Tuhan kasi (nasihat kepada aku sendiri juga). Ingatlah, kalau graduan university menjadi kontraktor, maka itu biasa2 saja. Sebabnya, ye lah..ada degree kan..memang pandai.. So, korang mesti jadi beyond the ordinary (nasihat untuk aku juga). Tapi jika orang tu budak tak berpelajaran tapi berjaya maka ia jadi luarbiasa.Y? Sebab diorang tak pandai tapi lebih berjaya dari graduan U yang susah nak carik keja sekarang..Komen korang?

24 ulasan:

  1. HAHAHAHAHAHA.lawak je entri nih! suke2 je ckp adik sendiri slow.hahahhaahhaha.

    moga encek mus teros maju! :)

    BalasPadam
  2. cian adik die kene kate slow..hik3

    recent post : |bantulah adik hairuman|

    BalasPadam
  3. haha..pape pn,rezeki mne2 ade. ilmu pun mne2 ade. nak ngan tak jek..usaha lebey, InyshaAllah... =)

    BalasPadam
  4. salam kenal...
    mampir yah di blog ku
    http://www.wirapratamaforester.blogspot.com

    BalasPadam
  5. insyaAllah rezeki ada dimana-mana. gunakan saluran yg betul. :D

    salam singgah! ^^

    BalasPadam
  6. moralnya, jgn memandang rendah kpd org2 yg suatu waktu dulunya lombab... ini dah ader bukti hidup lagik.. syabas utk adik awk..awk biler laie? ehehehe...

    p/s: pon seorang yg lombab...

    BalasPadam
  7. knape aku baca entri aku rse terharu dan sedih??
    btw,aku suke ungkapan ni 'beyond the ordinary'....

    http://paihujey.com/blog/

    BalasPadam
  8. hehe...entry yg menyentuh perasaan disini....heheheh....so kite jgn pndng rendah pada yg lemah yer semua....thnx to owner blog...story yg mgkin menyentuh hati segelintir pembaca blog anda....

    BalasPadam
  9. ganas molek..... tp betol gop... blajo masuk u bukan jaminan dapat kije...

    BalasPadam
  10. pengalaman melebihi segalanya...moga dimurahkan rejeki

    BalasPadam
  11. yang penting adik kamu rajin berusaha..hmmmmmm, motivasi untuk diri sendiri gak..

    BalasPadam
  12. cayalah mus!! dia seorang yg beruntung sebab dapat kakak dan keluarga yg banyak membantu dia.

    pengajaran cerita nieh:- jgn pandang rendah kepada seseorang. Rezeki ditangan TUHAN dan TUHAN akan sentiasa buka pintu rezeki yg luas kepada semua hambanya!

    BalasPadam
  13. Jangan disangka yang selow itu tak de pekdahnya..dia kiranya diam diam ubi berisi la tu kan...

    teruskan support dia..

    BalasPadam
  14. kisah benar ke ni ?

    tu la, rezeki ni kalo Allah nak bagi bukan pada orang tertentu je..belum tentu yang slow tu slow selamanya..

    walaupun slow tapi pasti ada hikmah tersembunyi yang Allah sorokkan..nampak ??

    BalasPadam
  15. Betul100x.. tak setandan pisang semuanya cantik.. tapi kenapa aku yang busuk ituu... huhuhuhu mencik mencik.

    BalasPadam
  16. ini bleh ambik teladan ni...N3 yg bagus la...

    BalasPadam
  17. yuppp...xsemestinya yang bijak pndai tuh konpem2 akan berjaya...jangan pandang rendah pada mereka yang kurang pandai... ^_^ like dis n3... :-)

    BalasPadam
  18. lecturer saye pesan, "degree is just a piece of sheet...kalau ada degree tapi exam meniru, communication skills lomah pon tak guna"...haha...rezeki masing2...nice entri...semoga Allah murahkan rezeki kita semua...amin~ :)

    BalasPadam
  19. terbaik lah!!!

    *setuju dengan sarah abadan*

    BalasPadam

Sebelum pergi, ronda ini dulu k!