Blog ni aku tulis bukan untuk meminta simpati atau menangisi nasib badan atau menyesali sesuatu. Just untuk isi masa2 lapang aku yang sangat lapang (boring?)...Kalau korang sudi baca, bacalah..Kalau suka, lepaklah kat sini 4Ever..hehe

Selasa, 11 Januari 2011

Temuduga kerja kat Philip Morris

29 Dec tahun lepas aku ada dipanggil untuk temuduga untuk kerja di Philip Morris, selepas sekian lama permohonan demi permohonan aku hantar ke jobstreet.com.my. Hanya 9 orang saja dipanggil temuduga. 8 orang adalah cha ya nun alif belaka. Baki tu aku ler. Penemuduga tu seems interested dengan pengalaman aku, suit pekerjaan yang aku mohon. Cuma English aku kureng bagus sikit, namun aku usaha juga bercakap. Memandangkan syarikat ini adalah pengeluar rokok, maka kelemahan aku adalah aku tidak merokok..mudah2an bukan salah satu masalah dalam penapisan mereka.

Kali terakhir aku menghadiri temuduga kerja adalah pada tahun 2004, dimana aku terus diambil bekerja di Syarikat X. Tiada banyak perbezaan dari segi bagaimana temuduga berjalan, cuma kali ni syarikat pm nak 3 months payslip..owh mcm ni rupanya employer nak bahan bukti gaji sekarang yer...

Besok adalah hari terakhir untuk keputusan samada aku di hired atau di fired sebelum waktunya. So, aku tawakkal ajelah...

8 ulasan:

  1. Rasanya tak dapatlah...hari nih last..Tp xpe..Aku redha...

    BalasPadam
  2. Last tempoh pm kasi keputusan hired atau tidak hari ni..

    BalasPadam
  3. bukan nk nyebok tp dah trbaca..
    btw, redha jlah..
    rezeki ada ni mne2 シ

    BalasPadam
  4. Thanx Lina..Aku steadyyyyy..hehe..
    Darlias..Lagi nyebok lagi besh..meriah sikit..hehe

    BalasPadam
  5. Good to see you everyone, welcome and give me back a blogwalking.

    BalasPadam
  6. bos, citer skit camner interview, soalan ke, ade assessment ke, presentation ke ..plz :D

    BalasPadam

Sebelum pergi, ronda ini dulu k!